Friday, 26 February 2010

ANTARA seharusnya bukan sekadar teater...

Bismillahirrahmaanirrahiim....
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful














Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk menonton teater yang berjudul ANTARA karya Eirma Fatima di bawah arahan pelakon terkenal Ellie Suryati. Seperti yang diketahui umum sejak bertudung, Eirma seringkali menampilkan karya-karya yang berunsurkan dan memaparkan isu berkaitan Islam seperti Sirah Junjungan, Sirah Junjungan 2, Natrah dan yang terbaru Antara.






Saya bukanlah seorang 'theatre-goer' untuk mengkritik baik buruk sesuatu karya itu. Walau bagaimana pun saya berminat menonton teater lebih-lebih lagi yang mempunyai mesej Islamik seperti ini dan amat berharap lebih ramai lagi penggiat seni di luar sana yang mengikut jejak langkah Eirma Fatimah sebagai salah satu cara mendekati masyarakat untuk berdakwah. Saya tidak berpeluang untuk menonton teater-teater sebelum ini tetapi menerima banyak 'feedback' dan komen positif mengenai ketiga-tiga teater Islamik tersebut. Ada non-muslim yang menonton Sirah Junjungan sebelum ini menghayati kisah sirah itu sehingga mengalirkan air mata..Masya-Allah, sehebat itu penangannya!






Terima kasih tak terhingga kepada rakan Aliff Ehsan Rahman, the future filmaker (insyaAllah) atas tiket masuk ke teater Antara. Dengan perasaan yang excited dan seram-seram sejuk (sebab demam ;P), saya dengan seorang lagi rakan serumah, melangkah ke Panggung Sari, Istana Budaya untuk pertama kalinya. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya Antara dipentaskan..






Scene pertama dimulakan dengan watak Khalif (kalau tidak silap) di tengah-tengah audiens bertanyakan, "Adakah kau khalifah?!" mengingatkan kita tentang tujuan manusia diciptakan. Kemudian scene diteruskan dengan pengakuan iblis (yang di'watak'kan Azhan Rani) untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari Kiamat. Secara peribadi, saya mengagumi lakonan Azhan yang berjaya beraksi agak hebat malam preview itu.






Saya merasakan seperti watak Iblis (taghut) merupakan 'highlight' dalam teater ini. Gambaran ini seolah-olah sama seperti keadaan di akhir zaman ini, di mana kebanyakan manusia meletakkan Iblis (taghut) sebagai tujuan utama dalam hidup. Seterusnya, watak Adam dan Hawa (dilakonkan oleh Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz) muncul dengan setting putih seolah-olah di syurga. Teater muzikal yang mendapat nasihat dari Mufti Perak Dato' Harussani Zakaria ini turut dijayakan oleh barisan penyanyi-penyanyi terkenal seperti Hattan, Ziana Zain, Lan (bekas vokalis Meet Uncle Hussein), Jamal Abdillah dan ramai lagi. Setiap scene diselang-selikan dengan nyanyian dari artis-artis ini yang pada pendapat saya agak membosankan apabila lagu yang dinyanyikan terlalu panjang da mempuyai mese agk berat.






Selain lagu-lagu ketuhanan terdapat juga lagu ala-ala kelab malam yang dinyanyikan demi memperlihatkan gambaran sebenar manusia 'clubbing', menonggak air syaitan sambil dikelilingi wanita-wanita dan seterusnya membawa kepada zina. Para audiens juga bersorak-sorai seperti menonton konsert apabila scene yang disertai dengan nyanyian 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' oleh seorang penyanyi wanita (maaf, tak kenal orangnya) ini ditayangkan. Seolah-olah sokong dengan apa yang berlaku dan menganggap itu semua perkara biasa. Tiada lagi luar biasa atau kepelikan berlaku apabila penyanyi wanita tergelek-gelek di tengah-tengah pentas. Saya faham pengarah hanya ingin menampilkan keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita.






Tetapi saya masih lagi tertanya-tanya adakah scene seperti ini dibenarkan walaupun sekadar lakonan? Perkara ini telah lama bertandang dalam fikiran apabila menonton karya-karya Islamik yang sepatutnya mengetengahkan ajaran Islam yang sebenarnya. Bukan hanya teater ini, tetapi juga drama-drama dan filem yang membawa Islam yang kini semakin mendapat tempat di panggung dan kaca televisyan. Walaupun mesej nya baik, tetapi sejauh mana ketelusannya? Adakah disebabkan ingin memaparkan budaya masyarakat sebenar, pelakon dibenarkan untuk berpegang tangan antara bukan muhrim? Bagaimana pula dengan pepatah yang mengatakan, "niat tak menghalalkan cara"?






Saya amat perlukan penjelasan tentang perkara ini..


















Tetapi siapalah saya yang mempunyai ilmu teater dan ilmu agama yang masih lagi di parat hidung ini. Lebih-lebih lagi teater ini telah mendapat nasihat dari Mufti Perak dan juga dibawah arahan pengarah yang berpengalaman luas dalam bidang teater.









**remind me if I go astray**

Sunday, 21 February 2010

Islam dihina lagi oleh Yahudi Laknatullah!

Bismillahirrahmaanirrahiim....
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful


NAUZUBILLAHI MIN ZALIK...



Gambar ini telah ini di’forward’ kepada saya melalui email oleh seorang sahabat. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam, dalam pengetahuan Allah jua. Tetapi tidak mustahil sekiranya perkara ini benar. Sewaktu saya mula-mula membaca email ini, darah berderau terasa marah. Ya, sangat marah! Saya yakin, sebagai seorang yang beriman kepada kitab (al-Quran) anda juga begitu.. Musuh Islam sewenang-wenangnya menghina Islam sehingga al-Quran telah diinjak sebegitu rupa, siapa yang tidak marah?

Tetapi setelah difikir-fikirkan kembali, mengapa ini terjadi?

Tidak ragu-ragu lagi saya katakan kerana Islam semakin lemah. Bukan disebabkan ajarannya dalam beragama (kerana ajaran ISLAM tidak pernah lemah atau mundur), tetapi lemah dalam amalan oleh kita yang mengaku ISLAM. Ajaran al-Quran yang disampaikan kepada Rasul junjungan tidak lagi diamalkan DENGAN SUCI DAN IKHLAS, sebaliknya di campur adukkan, atau hanya mengambil mana yang suka.

Sedarkah kita juga tidak ada kurangnya dalam "menghina" ajaran al-Quran? Sekiranya Yahudi "menghina" secara fizikal, tetapi umat ISLAM hari ini "menghina" dari sudut spiritual. (betulkan saya sekiranya saya salah)

Ya, kita berasa marah dengan perbuatan Yahudi laknatullah, tetapi mengapa masih lagi ada umat ISLAM yang duduk sahaja melihat semua ini malah ada yang menyokong secara tidak langsung. Bagaimana untuk menentang semua ini? Hendak diharapkan boikot sahaja seolah-olah mustahil kerana Yahudi berkuasa ke atas separuh daripada ekonomi dunia.

Untuk menentang secara harta dan ringgit, umat ISLAM masa kini mungkin belum mampu sepenuhnya, tetapi sedarkah kita, umat ISLAM mampu menentang dari segi spiritual yang dilahirkan secara fizikal dengan memperkukuhkan FIKRAH ISLAMIYAH dalam diri? Menjalani cara hidup berpaksikan al-Quran dan as-sunnah, berjemaah di masjid, menghadiri majlis ilmu, dan melakukan amal dengan ikhlas kerana takutkan ALLAH SWT.

Puak Yahudi kini sedang seronok mempersendakan fikiran umat ISLAM dengan budaya hedonisme iaitu berhibur dengan berlebihan sehingga melupakan tuntutan untuk berjihad menegakkan agama Allah. Terus-menerusan membuang masa berdating, bermaksiat, ber'clubbing', merempit, terjebak dengan dadah, rasuah, memfitnah, mencabul kehormatan sesama manusia dan perkara-perkara seumpamanya bakal menghancurkan umat ini secara perlahan-lahan kerana umat semakin jauh dari ajaran al-Quran. AL-QURAN TIDAK LAGI DIAMALKAN SEBALIKNYA HANYA TERSIMPAN RAPI DI ATAS ALMARI DAN DIBACA KETIKA RAMADHAN....

Maka, tidak hairan lah al-Quran dengan beraninya telah dihina sedemikian rupa oleh golongan Yahudi laknatullah disebabkan kurangnya kekuatan umat ISLAM dalam mempertahankan ajarannya.

Di sini suka saya untuk berkongsi kisah yang disampaikan ketika menghadiri forum “Menjaga Kesucian Islam” baru-baru ini.

Sebelum zaman kejatuhan ISLAM, pesuruhaya tertinggi British suatu ketika pernah mengatakan

"Umat Islam memegang dua perkara dalam tangan mereka. Senjata perang di sebelah kiri mereka, dan al-Quran di sebelah kanan. Sekiranya kita cuba untuk menganggu kesucian agama mereka (diumpamakan al-Quran di sebelah kanan), pedang lah yang akan naik menghalang. Maka, apa yang perlu kita buat untuk menakluk mereka adalah dengan membuat mereka melepaskan tangan kanan mereka dari menggenggam al-Quran tersebut, (yakni diibaratkan mempengaruhi fikiran mereka supaya menjauhi dan seterusnya meninggalkan al-Quran.)"

Umat Islam mudah berasa emosi apabila kesucian agama di persendakan. Seperti yang dapat kita lihat keadaan di Malaysia sekarang, mudah sahaja mengadakan demonstrasi bantahan sekiranya terdapat perkara yang menggugatkan. Saya tidak mengatakan ini salah, tetapi biarlah kita menentang dalam masa yang sama memperbetulkan imej sebagai Muslim tulen, bukan terus-menerus menjadi Muslim pondan!

Kita berasa marah, apabila melihat ISLAM dihina sebegini, tetapi sejauh
manakah marahnya kita selagi cara hidup dan pemikiran tidak menggambarkan seorang MUSLIM yang sebenar-benarnya?

Ingatlah ISLAM bukan terhad kepada solat, puasa, zakat dan haji tetapi lebih dari itu dan meliputi seluruh kehidupan sejagat...

Renungkan.

Wallahualam.

--p/s: sekiranya ada kesalahan tolong betulkan…diri ini sentiasa perlukan kritikan membina,,=)

**remind me if I go astray**