Saturday, 9 January 2010

111 Wasiat Rasulullah SAW: Hak wanita dalam memilih jodoh

Bismillahirrahmaanirrahiim....
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful




Agama Islam telah memberikan hak kepada kaum wanita untuk siapa yang akan menjadi teman hidupnya. Baik dia gadis apa lagi janda, mereka mempunyai kuasa penuh untuk menerima atau menolak pinangan orang yang meminangnya.

Dalam hal ini ditemukan beberapa hadis yang menyatakan hak-hak kaum wanita dalam menentukan jodohnya. Rasulullah bersabda:

"Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan
sebelum dimintakan kepadanya persetujuannya, dan anak gadis
tidak boleh dikahwinkan, hingga terlebih dahulu dimintakan izinnya.
Kata mereka: Bagaimana tanda izinnya?
Nabi menjawab: "Apabila ditanya dia diam sahaja."
(HR Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain pula diterangkan:

"Sesungguhnya seorang anak gadis datang kepada Rasulullah SAW menceritakan bahawa bapanya telah mengahwinkannya,
padahal dia tidak suka, maka Nabi menyuruh pilih kepadanya antara menerima atau menolak"
(HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Hadis-hadis di atas menerangkan bahawa seorang wanita baik janda mahupun anak gadis tidak boleh semahunya sahaja dikahwinkan oleh walinya tanpa meminta izinnya terlebih dahulu, mereka tidak berhak sama sekali melakukan kahwin paksa. Akan tetapi kepada kaum wanita sangatlah diharapkan janganlah kebebasan dan hak yang diberikan disalah gunakan untuk mencari jodoh yang sudah menurut nafsu syaitan semata.

Baik kepada kedua orang tua, mahupun terhadap anak gadis juga janda yang akan kahwin, hendaklah ada persetujuan dari pelbagai pihak. Semoga rumah tangga yang akan dibina mendapat rahmat dari Allah serta dikurniakan anak-anak cucu yang taat serta patuh terhadap perintah Allah. Amin~


Wallahualam.


**remind me if I go astray**


No comments:

Post a Comment