Thursday, 12 August 2010

Awak: TQ !

Bismillahirrahmaanirrahiim....In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful



Sahabat itu tenangnya mendamaikan, riangnya penawar.
Tergerak hati menulis kerana rasa terpanggil. Terpanggil untuk mengajak sama-sama berfikir. Syukur, seinfiniti syukur kerana Allah mengurniakan saya rakan seperjuangan yang kuat. Ada sahabat, ada teman. Bagi saya, semua yang pernah mengenali saya, saya anggap penting bagi saya untuk sama-sama memperbaiki diri. Walau apa pun, tingkahnya. Walau apa pun, lakunya.

Kemuliaan seorang manusia itu di bawah pengetahuan Allah. Dan, bukan kita yang meletakkan individu tertentu itu mulia atau tidak.Baik atau tidak. Tetapi, Allah.
Dan, saya suka mendoakan orang-orang di sekeliling saya dan juga kenalan-kenalan baru.Walau apa pun, tingkahnya.Walau apa pun, lakunya. Agar sama-sama menyayangi Allah.

Saya soroti hidup saya.Saya tidak punya ramai teman sedari kecil. Saya tidak dikenali sebagaimana rakan-rakan yang lain. Dahulu, saya sangat tidak bersyukur. Jarang sekali merujuk pada Tuhan, mengadu rasa. Saya jauh dari Tuhan. Tetapi, Tuhan yang Maha Penyayang tetap berikan saya beberapa sahabat dan teman. Walau sedikit, saya bersyukur. Kerana, mereka ber’kualiti’. Mereka menjentik hidup saya dan mempengaruhi hidup saya. Mereka menyedarkan saya erti hidup yang sebenar.
Dan, sekarang.
Alhamdulillah…syukur-sesyukurnya. Mereka tetap di sini, walau ramai yang pergi. Masih berdiri bersama saya, tika susah dan senang. Saya bertambah-tambah terharu apabila mereka tetap di sini tika saya jatuh. Saya jadi bertambah yakin, kerana mereka yakin pada saya. Keyakinan mereka meyakinkan saya. Dan, menguatkan rasa yakin saya pada Pencipta.

Sahabat itu tenangnya mendamaikan, riangnya penawar, kata-katanya berhikmah.



Perkongsian ini ditulis oleh sahabat saya yang ingin namanya dirahsiakan..Semoga mendapat manfaat (walau sedikit) atas sharingnya..Wallahu'alam..-admin-



**remind me if I go astray**




No comments:

Post a Comment