“Dayah. Kau busy ke skarang? Sory la kacau kau. Dayah, aku ingat aku nak try la join kau. Ape ek yang kau join tu..usrah? Usrah tu macam mana?”
Subhanallah, Alhamdulillah..Hanya itu saja ucapan yang mampu aku ucapkan tatkala mendengar ayat seorang sahabat melalui panggilan telefon; sahabat yang ku kenal 5 tahun dulu. Dengan serta merta darah ‘teruja’ mengalir di segenap tubuh. Teruja yang amat sangat untuk membantunya. Walaupun aku tidak berapa tahu bagaimana tetapi berbekalkan pengalaman ku sebelum ini, aku cuba untuk ‘menarik’ dia sebagaimana aku ‘ditarik’ oleh seseorang untuk mengikuti tarbiyah menuju DIA YANG SATU..
Selang beberapa minggu...
Aku menerima SMS dari sahabat ku itu,
“Masa sekolah rendah, aku dah khatam Quran 3 kali, tp aku x sangka aku leh merangkak baca Quran. Mungkin sebab aku dah lama sgt x baca Quran.
Start dari situ baru aku sedar selama ni aku lupakan agama. Aku stakat sembahyang je tapi tak gune hati. Dari situ aku tekad nak ubah.
Skrg aku tgh blaja balik baca Quran..”
Start dari situ baru aku sedar selama ni aku lupakan agama. Aku stakat sembahyang je tapi tak gune hati. Dari situ aku tekad nak ubah.
Skrg aku tgh blaja balik baca Quran..”
Subhanallah, Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Engkau yang Memberi petunjuk kepada sahabat ku ini..Jadikan dia kuat dan tetap dengan hijrah ini..
Hidayah
Hidayah adalah rahsia Allah. Seringkali kita membaca kisah-kisah mereka yang memperoleh hidayah Allah melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Ada yang setelah ditimpa musibah, ada yang ketika mendengar azan atau ayat suci al-Quran, mengkaji al-Quran dan sebagainya.
Setiap umat Islam pasti mengharapkan petunjuk dari Nya tetapi seramai manakah yang benar-benar memahami dan mengikut petunjuk yang diberikanNya? Benar, petunjuk hanya diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Tetapi, bukankah ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui? DIA hanya akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang benar-benar menginginkannya dan berusaha mendapatkannya.

“Petunjuk akan diberikan kepada mereka yang berfikir”
Sebagai manusia biasa, kita pasti mahukan kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki. Tanyalah kepada manusia normal pasti kebahagiaan yang dipilih mengatasi kesengsaraan. Tetapi bahagia yang bagaimana dikatakan bahagia yang sebenar-benarnya? Kita lihat sahaja artis-artis barat, mempunyai aset berjuta-juta ringgit, wajah yang cantik, kereta mewah, glamour dan sebagainya, tetapi akhirnya dikejutkan dengan berita kematian akibat bunuh diri. Hal ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa harta, paras rupa dan kedudukan bukanlah kebahagiaan yang benar-benar dicari. Jika benar bahagia, mengapa perlu bunuh diri?

Hati
Maka, di sini berbalik kepada soal hati. Hati yang tidak disinari oleh cahaya hidayah dari Sang Pencipta pasti dipenuhi oleh titik-titik hitam, yang sudah pasti tidak dapat melihat kebenaran. Apabila tidak dapat melihat kebenaran, mula lah nafsu mengambil alih segala tindak tanduk. Hanya mengharapkan akal yang dangkal semata-mata untuk memandu kehidupan. Pandangan akal tidak selamanya betul dan selalunya tersasar. Akal manusia akan hanya melihat sesuatu yang difikirkan logik pada pandangan manusia sedangkan hakikat nya ia mungkin mendatangkan keburukan.
Kadang-kadang kita mempersoalkan, mengapa kita tidak diberi hidayah walaupun telah kita minta berkali-kali. Sahabat sekalian, saya pernah terbaca bahawa sekiranya terdapat lintasan-lintasan hati untuk menyuruh kita berbuat kebaikan, itu merupakan ilham dan petunjuk yang datangnya dari Tuhan. Hanya sahaja kita sendiri yang belum betul-betul mantap (akibat kotornya hati) dan kuat untuk mengikut ilham itu maka dibiarkan sahaja dengan alasan, “alah, nanti-nanti je la aku buat baik…tak pasal-pasal kena bahan dengan member-member”.
Maka di sini terujinya kita adakah kita benar-benar mahukan hidayah itu? Jika benar kita mahukan petunjuk yang datang ‘direct’ dari Allah, panjatkan doa sebanyak-banyaknya. Setiap kali datangnya lintasan hati yang berupa kebaikan, mohon pada Allah supaya dikuatkan hati suatu hari nanti pasti akan mengikut petunjuk atau ilham itu.
Sebagai contoh, setiap kali melihat mereka yang bertudung labuh dan perwatakan sopan, pernah terlintas di hati,
“Alangkah bagusnya kalau aku pun dapat menjadi sedemikian. Ya Allah, kuatkan aku untuk aku menjadi seperti itu suatu hari nanti demi mengharapkan keredhaanMu.”
“Ya Allah, aku ingin berubah kepada yang lebih baik tetapi aku tidak tahu bagaimana, maka tunjukkan aku jalannya”
Sesungguhnya Allah Maha Pendengar dan Maha Pengatur segala-galanya. DIA akan merencanakan segala-galanya sesuai dengan kisah dan keadaan kita. Bukankah Allah sebaik-baik Perancang??

Sahabat sekalian,
“Hidayah Allah hanya datang sekali. Oleh itu, kita perlu menjaga sebaiknya.”
Itu pesan kakak naqibah ku suatu ketika dulu. Mungkin tiada kali kedua, atau kali ketiga. Jika benar begitu, maka rugilah kita sekiranya tidak benar-benar menghargai petunjuk yang datang kali pertama dahulu.
Yakin dengan ketentuan Allah, akhirnya kita akan sedar bahawa segalanya seolah-olah “fall on the right place at the right time”.
DOA dan SABAR selain USAHA untuk terus mantap atas jalan yang dipilih….Semoga kita semua terus tsabat menuju syurgaNya..(^_^)v!

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

**remind me if I go astray**
No comments:
Post a Comment