Bismillahirrahmaanirrahiim....
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
Ujian=Kehidupan
Do we have to be selfless?
Kematangan bukan terletak pada usia.
Tidak.
Juga bukan terletak pada jantina; lelaki lebih matang daripada perempuan, sebagai contoh. Matangnya seseorang terletak pada pemikiran dan pengalaman. Pemikiran; apabila dia meletak rasional mendahului emosi dan kepentingan diri. Pengalaman; pengalaman individu itu sendiri atau pelajaran yang diambil daripada pengalaman orang lain. Mungkin pengalaman itu dikutip daripada orang yang dikenali atau orang yang tidak dikenali, secara sedar atau di bawah sedar. Mak cik cleaner, kanak-kanak yang bangun memberikan tempat duduk kepada datuk yang tua dalam LRT, nenek yang bermain-main dengan cucunya sambil berborak dengan strangers, dan mungkin banyak lagi. Tentu.
Mungkin ‘teori’ ini boleh dipertikaikan, terpulang pada individu yang menilainya. As the saying goes, rambut sama hitam, tetapi hati kita berbeza.
Dalam melangsungkan kehidupan ini, harus ada pertimbangan diri. Bukan bermaksud, kita harus meletakkan kepentingan diri kita melebihi kepentingan orang lain 100%. Bukan. Harus ada pertimbangan dalam hidup agar kita dapat berdepan dengan mehnah dan tribulasi mendatang. (Maaf, penggunaan ayat yang berkesusasteraan. Kadang-kadang, bahasa mampu menjentik sedikit pertimbangan manusia. Ingin dikongsi tagline warisan, bahasa jiwa bangsa).
Berbalik kepada persoalan pertimbangan tadi. Harus ada satu garisan pemisah antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain. Dan, garisan pemisah itu adalah kepentingan bersama. Bersama; kerana tiada mind your own business dalam kamus kehidupan kita. Sesetengah perkara, kita harus sama-sama mind our own business. Ada sesetengah perkara, TIDAK. Contoh, maksiat.
Selagi sikap ‘saya’ masih bertunjang dalam jiwa manusia, selagi itu sikap ‘kita’ tidak akan hidup. Pasti. Dan, garisan pemisah itu akan terus menjadi pemisah di antara kita dan masyarakat sekeliling. Pasti.
Justeru, kematangan mendidik selflessness ; ketidak‘saya’an.
Maaf, pembentukan ayat bahasa yang kurang tepat mungkin, bagi sebahagian manusia.
Manusia diuji sesuai dengan kesangggupannya. Hanya dengan ujian kita akan belajar. Ujian Tuhan boleh jadi dalam bentuk kebaikan atau keburukan. Dua jenis ujian. Ujian dalam bentuk kebaikan, untuk menguji sama ada kita bersyukur. Sebaliknya, ujian dalam bentuk keburukan pula, untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. (Ustaz Zahazan Mohamed, 2010, IKIM.fm). Susah kan? *Nodding*
Ujian; bunyinya seolah-olah satu isu yang sangat sukar dihadapi. Ujian atau bahasa mudahnya masalah. Dahulu, saya tidak dapat berimaginasi apa itu ujian. Sana sini orang bercakap pasal ujian dan ujian. Even my Dad keeps on highlighting this. Saya tidak faham kerana malas nak ambil pusing (berumur 13 tahun dan kita perlu berdiscuss dengan ayah sendiri pasal ujian. Sekolah kan dah kasi ujian sekolah tiap-tiap bulan?) dan tiada orang yang menerangkan kepada saya ujian itu dalam konsep yang lebih praktikal.
Mungkin, saya jenis orang yang perlukan penjelasan walaupun masih berumur 13 tahun. Hakikatnya, orang dewasa amat sukar mempercayai kanak-kanak atau remaja belasan tahun. Setelah usia semakin menginjak dewasa (i.e. usia melebihi 18 tahun onwards), barulah saya faham.
Mungkin pengalaman yang ‘memahamkan’ saya, saya tidak pasti.

Sedar tak sedar, dah OK. Mungkin, masing-masing mula menjalani hidup bersendiri. Jadi, rasa bersyukur mula menjentik. Mula belajar menghargai. Mula terasa kekangan rindu. Dan, bila masalah (i.e ujian) datang menjengah, semangat menjadi kental. Jiwa terasa ringan. Perasaan mahu memberi apa yang termampu berkobar-kobar. Kadang-kadang, tidak terasa ‘susah’ dalam erti kata kehidupan, apabila mereka begitu. Aneh. Betapa Tuhan Yang Membolak-balikkan hati itu Maha Genius dalam mendidik jiwa; dengan kehidupan. Ketidaksempurnaan mereka memberi input baru dalam erti kata kematangan yang sebenar.
Masalah; akan terus-menerus datang.
Tak dijemput, tetapi ia akan terus menziarah sepanjang kehidupan kita di dunia ini.
Lari? Ke mana kita nak lari di atas bumi Allah yang luas ni?
Masalah bukan penamat tetapi hakikat. (Senang la cakap, tak kena…This is based on personal experience, to be frank)
Masalah akan buat kita immune terhadap masalah itu sendiri.
Nota:
Bahasa Melayu mempunyai kosa kata yang panjang. Agak sukar ‘main kejar-kejar’ penggunaan bahasa yang sesuai dalam otak ini. Thus, I ended up using English a bit! *_*
Idea dan input ditulis berdasarkan pengalaman peribadi, pembacaan; Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Fathi Yakan dan Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed Qutb, tazkirah oleh Ustaz Zahazan Mohamed, IKIM fm dan diskusi+borak-borak dengan Ayah.
Maaf, pada ketidaksempurnaan,
kerana yang pasti Allah itu
Maha Sempurna.
=) Salam
Perkongsian ini ditulis oleh sahabat saya yang ingin namanya dirahsiakan..Semoga mendapat manfaat (walau sedikit) atas sharingnya..Wallahu'alam..-admin-

**remind me if I go astray

No comments:
Post a Comment