Seorang sahabat bertanyakan perihal solat sunat istikharah. Saya bukanlah orang yang benar-benar layak untuk bercakap tentanng soal ibadah apatah lagi untuk mengeluarkan hukum. Maka,pendapat yang saya kongsikan pada beliau hanyalah bersandarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman yang tidak seberapa ini. Tujuan bukanlah untuk menngaibkan empunya diri, tetapi lebih kepada peringatan buat diri dan sesiapa yang mampu berfikir.
Sewaktu zaman persekolahan, soal cinta, jodoh, kahwin seringkali menjadi topic ‘gosip’ yang hebat. Orang kata, tak sah la kala tak citer soal kahwin ni. Lebih-lebih lagi remaja perempuan. Soal cinta memang menjadi soal utama dalam hidup. Tetapi tidak kurang juga ada yang seolah-olah fobia untuk berkahwin setelah melalui kehidupan yang kurang bahagia melalui pengalaman ibu bapa.
“Macam mana nak tau orang yang kita pilih tu, yang terbaik buat kite?”
Soalan ini sering saja bermain-main di fikiran.
Ada yang menjawab,
“Itulah kita kena kenal pasangan sebelum kahwin. Ni, baru couple 3 bulan, da kahwin..” “Tapi ada je yang kahwin lepas bercinta lama-lama. Last-last cerai jugak”
“tu la tak de jodoh”
“erm..jodoh..camne nak tau sape jodoh kite?”
“solat la sunat istikharah.”
Sejak itu, solat sunat istikharah seringkali dikaitkan dengan pencarian jodoh.Tak tahu nak pilih siapa, maka solat sunat istikharah. Saya tidak mengatakan salah, sedangkan inilah yang diajar oleh Rasulullah dalam membuat pilihan yang terbaik.
Tetapi, apa yang menyedihkan kepentingan solat sunat istikharah seolah-olah disalahertikan dan terhad hanya untuk pilihan jodoh sedangkan terdapat lagi beberapa perkara penting dalam kehidupan yang memerlukan kita memilih. Well, life is about making decision.
Di sini, diterangkan bahwa, solat sunat istikharah merupakan solat sunat 2 rakaat bagi memohon petunjuk daripada Allah akan ketentuan pilihan yang lebih baik sebelum mengetahui baik buruk pilihan-pilihan itu. Apabila seseorang berasa ragu-ragu akan pilihan yang bakal dia buat, maka dia disunatkan melakukan solat sunat istikharah. Maka diingatkan juga, solat sunat istikharah bukan bertujuan untuk mencari mimpi. Petunjuk atau tanda-tanda boleh diperolehi melalui mimpi ATAU kemantapan hati dalam memilih sesuatu perkara tersebut.
Hajat apa yang dimaksudkan?
Hajat yang dimaksudkan dalam solat istikharah ialah sesuatu yang bersifat harus (bukanlah terhad untuk mencari jodoh sahaja). Sedang urusan-urusan yang wajib atau sunat, kita disuruh mengerjakannya, dan yang haram atau makruh, kita disuruh meninggalkannya.
Secara ringkasnya, solat sunat istikharah amatlah digalakkan bagi memohon petunjuk dalam membuat pilihan. Tetapi diingatkan sekali lagi, bukanlah terhad dalam pencarian jodoh semata-mata. Alanglah baiknya, jika kita sentiasa berupaya untuk melakukan solat sunat istikharah setiap kali sebelum membuat pilihan yang meragukan semata-mata untuk mendapat redha Allah dalam setiap keputusan yang dibuat.
Walaubagaimanapun, dengan akal fikiran dan ilmu manusia yang terbatas, kita mungkin akan tersalah dalam membuat pilihan. Sekiranya itu terjadi, maka hasilnya masih lagi baik selagi kita terus meletakkan harapan pada Allah, Yang Lebih Mengetahui. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya yang sentiasa bertawakal kepada Nya.
Rasulullah bersabda:
“Tidak akan kecewa bagi orang yang melaksanakan solat istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermesyuarat dan tidak akan berkurangan bagi orang yang suka berhemat.” (HR Thabrani)
Wallahualam…

Reference: Muhammad Uzair Al-Aziz. Panduan Solat Istikharah. Dinie Publishers.
No comments:
Post a Comment