Bismillahirrahmaanirrahiim....
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
Alhamdulillah..Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, nabi Muhammad dan seluruh keluarga dan sahabat baginda..
Aku di beri lagi kesempatan umur untuk mengupdate blog ini..
Bercakap tentang umur. Umur sangat berkait rapat dengan masa. Masa bagi seseorang hidup sejak dilahirkan dan ia berbeza-beza mengikut kehendak Allah swt sebagaimana yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Umur seseorang itu habis apabila malaikat Izrael tiba untuk melaksanakan tugasnya.
Umur adalah masa dan masa adalah kehidupan.
Pernah kah kita semua fikir; Ke mana telah kita habiskan masa sepanjang kita hidup? Apakah perkara yang kita lakukan bagi mengisi masa kita selama ini? Adakah perkara-perkara itu bakal menjamin kita meraih redha Allah Subhanahu wa Taala? Atau adakah perkara-perkara itu mengundang murka Allah? Apakah perkara-perkara yang kita lakukan akan mencampakkan kita ke neraka jahim Allah? *nauzubillah min zalik*
Seperti yang diilhamkan oleh Imam Ghazali:
Apakah tempat yang paling jauh? Maka, jawabnya, "masa yang telah berlalu."
Dikatakan tempat paling jauh kerana secara logik akalnya, tiada siapa yang mampu untuk sampai ke sana melainkan dengan izin Allah. Dan setiap yang berlalu pasti dihitung pada hari pengadilan kelak. Pada waktu itu mampukah kita menjawabnya tatkala mulut di kunci, dan hanya anggota lain menjadi saksi atas amalan-amalan yang kita lakukan sepanjang kehidupan di dunia ini?
Maka dengan itu, pentingnya kesempatan masa yang Allah telah beri pada kita semua. Kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan dengan masa yang telah kita gunakan selama ini.
Akhir kata, jom fikir-fikirkan firman Allah ni;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran." (Al-Asr:1-3)
Betapa pentingnya masa sehingga Allah swt bersumpah dengan masa. Gunakan mata hati untuk berfikir tentang kepentingannya..buka hati dan minda untuk lihat sesuatu kebenaran..Sesungguhnya petunjuk kebenaran hanya bagi orang-orang yang berfikir...
Wallahualam..

p/s: Terima kasih tanda penghargaan kepada sahabat-sahabat yang mengingati dan meng'wish' hari lahir..---belum pukul 12 pn da ade yg wish..(",)--- Semoga dengan bertambahnya umur, bertambahnya iman dan amal...amin~~

No comments:
Post a Comment